Monday 31 October 2016

PENGURUSAN JENAZAH SATU KEPERLUAN


Tugasan SYW502

Nor Aisyatun Omar
P/ISM0063/15
Calon Sarjana Sains Kemasyarakatan 
(Pengurusan Pembangunan Islam)

PENGURUSAN JENAZAH SATU KEPERLUAN

Ilmu pengurusan jenazah adalah salah satu daripada ilmu fardhu kifayah. Fardhu kifayah bermaksud semua disiplin ilmu yang diperlukan untuk menyempurnakan keperluan hidup manusia sama ada yang berbentuk keagamaan atau keduaniaan. contoh ilmu fardhu kifayah ialah ilmu perubatan, ilmu sains dan teknologi, ilmu pentadbiran dan lain-lain. Kewajipan mempelajari ilmu fardhu kifayah ialah wajib keatas anggota masyarakat secara kolektif. Sebahagian anggota masyarakat yang mempunyai ilmu fardhu kifayah mewakili seluruh anggota masyarakat dan jikalau seluruh anggota masyarakat mengabaikan tanggungjawab ini maka kesemuanya akan menanggung dosa. 

Jika dilihat buat masa sekarang banyak persatuan masjid atau badan-badan NGO mengadakan kursus pengurusan jenazah kepada masyarakat agar ilmu ini diperoleh kepada semua ahli masyarakat. Keperluan ilmu pengurusan jenazah seeloknya dikuasai sekurang-kurangnya seorang bagi setiap isi rumah. Ini kerana ahli keluarga si mati lah yang peling berhak memandikan jenazah jika mengikut pada sunnahnya. Jika ahli keluarga simati tersebut tidak mampu melaksanakan barulah diserahkan kepada sesiapa yang mempunyai kepakaran dan ilmu pengurusan tersebut. 

Pengurusan jenazah diberatkan kepada ahli keluarga kepada simati adalah untuk mengelakkan sebarang aib simati disebarkan kepada orang luar. Disini bukan dikatakan bahawa jika yang menguruskan jenazah selain daripada ahli keluarga itu akan menyebarkan aib simati tetapi langkah berjaga-jaga itu perlu dilakukan.

Menyegerakan urusan jenazah adalah sangat dituntut dalam Islam. Ini kerana Nabi Muhammad SAW ada bersabda "Bersegeralah dalam menguruskan jenazah" ianya bermaksud menyegerakan dalam memandikan, mengkafankan, solatkan dan mengebumikan jenazah. Alasan menyegerakan urusan jenazah itu adalah untuk kebaikan kepada si mati. Dengan menyegerakan maka ianya bermaksud menyegerakan kebaikan dan kenikmatan bagi mayat atau berkait dengan kemaslahatan bagi orang yang masih hidup, dimana ianya bermaksud dengan menyegerakannya bermaksud menjauhkan keburukan darinya. 

Ilmu pengurusan jenazah ini amat dituntut dalam Islam. Ilmu ini perlu diwarisi kepada generasi muda agar dapat meneruskan urusan kematian anggota masyarakat dan tidak memerlukan khidmat orang luar dalam proses pengurusan jenazah tersebut. Dan wahai sekalian anak-anak, pelajarilah ilmu pengurusan jenazah agar dapat berbakti kepada kedua orang tuamu buat kali terakhir. 

Bibliografi 

http://masjidjameksabakbernam.blogspot.my/2011/02/kewajipan-menguruskan-jenazah.html

http://www.theborneopost.com/2015/02/22/generasi-muda-islam-perlu-belajar-pengurusan-jenazah/

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0213&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

https://sholihatunhasana.wordpress.com/2016/05/21/bab-2-tata-cara-pengurusan-jenazah-dan-hikmahnya/

http://www.bacaanmadani.com/2016/04/hikmah-dan-manfaat-dari-menyegerakan.html

http://www.slideshare.net/ummulzahida/pengurusan-jenazah

Monday 23 May 2016

Tugasan 3 (SYW501)
Nor Aisyatun binti Omar
P-ISM0063/15
Calon Sarjana Sains Kemasyarakatan
 (Pengurusan Pembangunan Islam)

Pengurusan Konflik menurut Barat dan Islam

Konflik adalah suatu perkara yang menjadi lumrah dalam kehidupan. Konflik ini juga terdiri daripada konflik positif  dan negatif. Namun pada kebiasaannya orang menganggap konflik ini hanya menimbulkan perkara negatif. Namun jika cara menanggani konflik itu dibuat dengan cara yang betul maka boleh memberi impak dan kesan yang positif kepada organisasi. Perkara ini banyak disokong oleh ilmuwan seperti Dean Tjosvold (1993) yang mengatakan bahawa antara kelebihan konflik adalah meningkatkan kesedaran terhadap masalah dan membangunkan personaliti diri. Namun tidak dinafikan bahawa kesan konflik juga boleh memudaratkan kepada organisasi jika tidak pandai untuk tanggani. 

Terdapat dua pendekatan yang digunakan untuk menanggani konflik. Ianya adalah menurut perspektif Barat dan Islam. Pendekatan yang digunakan oleh barat iaitu dengan mengenalpasti sumber-sumbernya kemudian melakukan pendekatan berstuktur pada setiap sumber konflik tersebut. terdapat lima gaya yang dibina iaitu, gaya menang kalah, gaya penyesuaian diri, gaya pengelakan, gaya bertolak ansur dan gaya penyelesaian. 

Gaya menang-kalah
Gaya ini ialah berbentuk persaingan dan bukan kerjasama, berorientasikan kuasa. Apabila sedang bersaing, seseorang itu akan mengenakan keinginannya sendiri ke atas orang lain dengan menggunakan apa cara yang sesuai semata – mata untuk mendapatkan cita – citanya. 

Gaya penyesuaian diri
Gaya ini ialah dimensi kerjasama dan bukan persaingan. Dengan menggunakan gaya ini, seseorang mengabaikan kepentingan dirinya demi memuaskan kehendak orang lain. Dalam erti kata lain, wujud elemen berkorban dalam gaya ini. 

Gaya pengelakan 
Gaya ini ialah bukan berbentuk persaingan dan bukan kerjasama. Seseorang itu tidak mempedulikan kehendak dirinya atau orang lain. Dia tidak mengambiltahu konflik yang sedang berlaku. Gaya ini mungkin secara umumnya mengenepikan isu, atau menangguhkannya sehinga ke masa yang lebih sesuai atau secara mudahnya mengabaikan terus isu itu.

Gaya bertolak ansur
Ini adalah kontra kepada gaya pengelakan. Dengan bertolak ansur, seseorang itu mampu untuk bekerja dengan orang lain untuk mendapatkan penyelesaian yang memuaskan hati kedua – dua pihak.Bertolak ansur antara dua pihak atau lebih mungkin mengambil kira kaedah menyelami bentuk ketidaksefahaman masing – masing. 

Gaya penyelesaian 
Ini adalah pertengahan antara penegasan dan kerjasama. Dengan gaya ini, tujuannya adalah untuk mencari penyelesaian yang dpersetuji antara dua pihak. Gaya ini juga mengenalpasti sesuatu masalah berbanding mengabaikanny tetapi tidak memberi kesan yang efektif sebaik gaya bertolak ansur. 

Pendekatan Islam dalam menanggani konflik pula terdapat sembilan prinsip. Ianya diambil daripada prinsip-prinsip dan nilai asas Islam sebagai cara hidup. Antara prinsip tersebut ialah mempertingkatkan usaha – usaha ke arah pengukuhan iman, menghormati dan mengenali orang lain dalam organisasi, mengaplikasikan pendekatan syura dalam organisasi, memastikan kewibawaan pemimpin, mewujudkan komunikasi berkesan, melantik pengantara, membudayakan kerja berpasukan, mewujudkan kaunseling staf dan mengambil tindakan disiplin. 

Konflik ini seperti yang dinyatakan merupakan lumrah kepada manusia, Jadi terpulang kepada kebijaksanaan individu atau organisasi tersebut untuk mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Kedua dua pendekatan barat dan Islam boleh digunakan selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.
 
Fikhry Hakim bin Fadzillullah 
konsep pengurusan konflik menurut barat dan Islam ; Suatu Perbandingan

Syura kaedah terbaik selesaikan masalah (Utusan Online)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm


Monday 18 April 2016


Tugasan 2 (SYW501)
Nor Aisyatun binti Omar
P-ISM0063/15
Calon Sarjana Sains Kemasyarakatan
 (Pengurusan Pembangunan Islam)

CARA PENGURUSAN KONFLIK

Setiap manusia tidak akan terlepas daripada konflik. Mahu atau tidak, cepat atau lambat, suka atau tidak suka, konflik pasti akan datang tanpa memilih status, pangkat, umur dan jantina  dan setiap manusia perlu menghadapinya(Sunarta,t.t.). Konflik yang timbul itu sebenarnya adalah cara Allah SWT untuk menguji kekuatan iman seseorang hambanya. Setiap muslim patut percaya bahawa setiap konflik atau masalah yang dialami adalah semampu dengan kemampuan seseorang itu. Ianya jelas telah dijanjikan Allah SWT dalam kitab suci al-Quran melalui surah Al-Baqarah:286

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya

persoalannya disini bagaimanakah untuk mengatasi atau menangani konflik tersebut. menurut Zainal Arifin Ahmad (2007), ada beberapa starategi untuk menanggani konflik. 

1. Menghindar
Ia dapat dilakukan jika sesuatu isi atau masalah yang timbul itu tidak terlalu penting atau konfrontasinya tidak seimbang dengan tindakan yang akan ditimbulkan atau dipersoalkan. strategi ini adalah satu cara untuk menenangkan diri individu atau pihak yang terbabit sebelum pendamaian atau perbincangan dilakukan.

2. Kolaborasi
Ia dilakukan adalah usaha untuk memuaskan hati dua pihak. cara ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang memerlukan integrasi (pengharmonian) antara dua pihak. 

3. Berkongsi
Kaedah ini adalah suatu pendekatan untuk mendamaikan antara 2 pihak dengan berkompromi antara satu sama lain. Mustahil untuk memenuhi kepuasan kedua pihak secara keseluruhan tetapi keputusan yang dibuat itu dapat faedah kepada kedua pihak.

Secara kesimpulannya, setiap konflik dapat diselesaikan, tetapi perlu mendapat kerjasama dari kedua belah pihak untuk saling berkompromi. setiap konflik perlu diselesaikan secepat mungkin agar tidak timbul masalah lain dan meneutralkan keadaan yang tegang. 


Zainal Ariffin Ahmad (2007), Pengurusan Konflik di Tempat Kerja, USM 

Sunarta (t.t.) Konflik dalam Organisasi (Merugikan sekaligus menguntungkan) FISE Universitas Negeri Yogyakarta