Monday 31 October 2016

PENGURUSAN JENAZAH SATU KEPERLUAN


Tugasan SYW502

Nor Aisyatun Omar
P/ISM0063/15
Calon Sarjana Sains Kemasyarakatan 
(Pengurusan Pembangunan Islam)

PENGURUSAN JENAZAH SATU KEPERLUAN

Ilmu pengurusan jenazah adalah salah satu daripada ilmu fardhu kifayah. Fardhu kifayah bermaksud semua disiplin ilmu yang diperlukan untuk menyempurnakan keperluan hidup manusia sama ada yang berbentuk keagamaan atau keduaniaan. contoh ilmu fardhu kifayah ialah ilmu perubatan, ilmu sains dan teknologi, ilmu pentadbiran dan lain-lain. Kewajipan mempelajari ilmu fardhu kifayah ialah wajib keatas anggota masyarakat secara kolektif. Sebahagian anggota masyarakat yang mempunyai ilmu fardhu kifayah mewakili seluruh anggota masyarakat dan jikalau seluruh anggota masyarakat mengabaikan tanggungjawab ini maka kesemuanya akan menanggung dosa. 

Jika dilihat buat masa sekarang banyak persatuan masjid atau badan-badan NGO mengadakan kursus pengurusan jenazah kepada masyarakat agar ilmu ini diperoleh kepada semua ahli masyarakat. Keperluan ilmu pengurusan jenazah seeloknya dikuasai sekurang-kurangnya seorang bagi setiap isi rumah. Ini kerana ahli keluarga si mati lah yang peling berhak memandikan jenazah jika mengikut pada sunnahnya. Jika ahli keluarga simati tersebut tidak mampu melaksanakan barulah diserahkan kepada sesiapa yang mempunyai kepakaran dan ilmu pengurusan tersebut. 

Pengurusan jenazah diberatkan kepada ahli keluarga kepada simati adalah untuk mengelakkan sebarang aib simati disebarkan kepada orang luar. Disini bukan dikatakan bahawa jika yang menguruskan jenazah selain daripada ahli keluarga itu akan menyebarkan aib simati tetapi langkah berjaga-jaga itu perlu dilakukan.

Menyegerakan urusan jenazah adalah sangat dituntut dalam Islam. Ini kerana Nabi Muhammad SAW ada bersabda "Bersegeralah dalam menguruskan jenazah" ianya bermaksud menyegerakan dalam memandikan, mengkafankan, solatkan dan mengebumikan jenazah. Alasan menyegerakan urusan jenazah itu adalah untuk kebaikan kepada si mati. Dengan menyegerakan maka ianya bermaksud menyegerakan kebaikan dan kenikmatan bagi mayat atau berkait dengan kemaslahatan bagi orang yang masih hidup, dimana ianya bermaksud dengan menyegerakannya bermaksud menjauhkan keburukan darinya. 

Ilmu pengurusan jenazah ini amat dituntut dalam Islam. Ilmu ini perlu diwarisi kepada generasi muda agar dapat meneruskan urusan kematian anggota masyarakat dan tidak memerlukan khidmat orang luar dalam proses pengurusan jenazah tersebut. Dan wahai sekalian anak-anak, pelajarilah ilmu pengurusan jenazah agar dapat berbakti kepada kedua orang tuamu buat kali terakhir. 

Bibliografi 

http://masjidjameksabakbernam.blogspot.my/2011/02/kewajipan-menguruskan-jenazah.html

http://www.theborneopost.com/2015/02/22/generasi-muda-islam-perlu-belajar-pengurusan-jenazah/

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0213&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

https://sholihatunhasana.wordpress.com/2016/05/21/bab-2-tata-cara-pengurusan-jenazah-dan-hikmahnya/

http://www.bacaanmadani.com/2016/04/hikmah-dan-manfaat-dari-menyegerakan.html

http://www.slideshare.net/ummulzahida/pengurusan-jenazah

No comments:

Post a Comment