Monday 23 May 2016

Tugasan 3 (SYW501)
Nor Aisyatun binti Omar
P-ISM0063/15
Calon Sarjana Sains Kemasyarakatan
 (Pengurusan Pembangunan Islam)

Pengurusan Konflik menurut Barat dan Islam

Konflik adalah suatu perkara yang menjadi lumrah dalam kehidupan. Konflik ini juga terdiri daripada konflik positif  dan negatif. Namun pada kebiasaannya orang menganggap konflik ini hanya menimbulkan perkara negatif. Namun jika cara menanggani konflik itu dibuat dengan cara yang betul maka boleh memberi impak dan kesan yang positif kepada organisasi. Perkara ini banyak disokong oleh ilmuwan seperti Dean Tjosvold (1993) yang mengatakan bahawa antara kelebihan konflik adalah meningkatkan kesedaran terhadap masalah dan membangunkan personaliti diri. Namun tidak dinafikan bahawa kesan konflik juga boleh memudaratkan kepada organisasi jika tidak pandai untuk tanggani. 

Terdapat dua pendekatan yang digunakan untuk menanggani konflik. Ianya adalah menurut perspektif Barat dan Islam. Pendekatan yang digunakan oleh barat iaitu dengan mengenalpasti sumber-sumbernya kemudian melakukan pendekatan berstuktur pada setiap sumber konflik tersebut. terdapat lima gaya yang dibina iaitu, gaya menang kalah, gaya penyesuaian diri, gaya pengelakan, gaya bertolak ansur dan gaya penyelesaian. 

Gaya menang-kalah
Gaya ini ialah berbentuk persaingan dan bukan kerjasama, berorientasikan kuasa. Apabila sedang bersaing, seseorang itu akan mengenakan keinginannya sendiri ke atas orang lain dengan menggunakan apa cara yang sesuai semata – mata untuk mendapatkan cita – citanya. 

Gaya penyesuaian diri
Gaya ini ialah dimensi kerjasama dan bukan persaingan. Dengan menggunakan gaya ini, seseorang mengabaikan kepentingan dirinya demi memuaskan kehendak orang lain. Dalam erti kata lain, wujud elemen berkorban dalam gaya ini. 

Gaya pengelakan 
Gaya ini ialah bukan berbentuk persaingan dan bukan kerjasama. Seseorang itu tidak mempedulikan kehendak dirinya atau orang lain. Dia tidak mengambiltahu konflik yang sedang berlaku. Gaya ini mungkin secara umumnya mengenepikan isu, atau menangguhkannya sehinga ke masa yang lebih sesuai atau secara mudahnya mengabaikan terus isu itu.

Gaya bertolak ansur
Ini adalah kontra kepada gaya pengelakan. Dengan bertolak ansur, seseorang itu mampu untuk bekerja dengan orang lain untuk mendapatkan penyelesaian yang memuaskan hati kedua – dua pihak.Bertolak ansur antara dua pihak atau lebih mungkin mengambil kira kaedah menyelami bentuk ketidaksefahaman masing – masing. 

Gaya penyelesaian 
Ini adalah pertengahan antara penegasan dan kerjasama. Dengan gaya ini, tujuannya adalah untuk mencari penyelesaian yang dpersetuji antara dua pihak. Gaya ini juga mengenalpasti sesuatu masalah berbanding mengabaikanny tetapi tidak memberi kesan yang efektif sebaik gaya bertolak ansur. 

Pendekatan Islam dalam menanggani konflik pula terdapat sembilan prinsip. Ianya diambil daripada prinsip-prinsip dan nilai asas Islam sebagai cara hidup. Antara prinsip tersebut ialah mempertingkatkan usaha – usaha ke arah pengukuhan iman, menghormati dan mengenali orang lain dalam organisasi, mengaplikasikan pendekatan syura dalam organisasi, memastikan kewibawaan pemimpin, mewujudkan komunikasi berkesan, melantik pengantara, membudayakan kerja berpasukan, mewujudkan kaunseling staf dan mengambil tindakan disiplin. 

Konflik ini seperti yang dinyatakan merupakan lumrah kepada manusia, Jadi terpulang kepada kebijaksanaan individu atau organisasi tersebut untuk mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Kedua dua pendekatan barat dan Islam boleh digunakan selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.
 
Fikhry Hakim bin Fadzillullah 
konsep pengurusan konflik menurut barat dan Islam ; Suatu Perbandingan

Syura kaedah terbaik selesaikan masalah (Utusan Online)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm


No comments:

Post a Comment