INSTITUSI ISLAM


Tugasan 1 (SYW501)
Nor Aisyatun binti Omar
P-ISM0063/15
Calon Sarjana Sains Kemasyarakatan
 (Pengurusan Pembangunan Islam)

PENGENALAN TENTANG KONFLIK


Apa itu konflik?

Menurut Fisher (2001), konflik adalah hubungan antara dua pihak atau lebih yang tidak mempunyai persamaan dalam sesuatu perkara. Menurut Mary Scannell (2010) pula konflik adalah satu perkara yang normal berlaku kerana berbeza pendapat dan tujuan untuk sesuatu perkara. Bagi Setiadi, Elly dan Usman Kolip 2013, konflik adalah perselisihan dan persengketaan kerana ingin menjatuhkan atau menyingkirkan antara dua individu atau kelompok. Secara kesimpulanya, konflik ini adalah rasa tidak puas hati antara dua pihak atau lebih dan berusaha untuk menjatuhkan pihak lain serta menegakkan tujuan masing-masing. 


Konflik juga mempunyai beberapa jenis, antaranya ialah konflik intrapersonal, konflik interpersonal konflik antara perorangan, konflik antara organisasi. Konflik intrapersonal ialah konflik dengan diri sendiri. Ini adalah kerana seseorang individu itu mempunyai sesuatu untuk membuat pilihan dan diantaranya itu ada dua perkara yang perlu dipertimbangkan. Konflik interpersonal ialah konflik antara individu dengan orang lain yang mempunyai perbezaan antara kemahuan dan matlamat masing-masing. Ia juga disebabkan perbezaan status, bidang kerja dan sebagainya. Konflik antara perorangan pula ialah konflik antara dua pihak yang mungkin disebabkan oleh perbezaan sifat dan perilaku seseorang itu. Konflik antara organisasi pula ialah konflik antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Faktor konflik ini juga adalah kerana persaingan antara perusahaan-perusahaan yang lain. 


Jadi apa yang dapat disimpulkan disini adalah konflik ini boleh terjadi dengan perbagai pihak dari perbagai faktor yang berbeza antara setiap perkara atau konflik yang berlaku. Melalui konflik ini juga ada pelbagai cara untuk mengatasi dan memulihkan hubungan antara pihak-pihak terbabit, dan perkara tersebut akan dibincangkan pada penulisan yang akan datang. 


Rujukan:

Dewani Prita Sumbadra, Inayatul Maula, Elizabert Radyta A N, Nurfariati Nayatulah Norzi. Dicky Alhapi, Muritya Sekar Utami.(2014), Konflik, Sekolah Tinggi Kesejahteraan Sosial (STKS) Bandung. 

Nur Dalilah Zakaria, Raihanah Azahari. (2013) hubungan antara tahap pelaksanaan solat fardu dengan konflik rumah tangga: kajian di unit rundingcara keluarga (urk) bahagian perkahwinan dan pembangunan keluarga (bppk), jabatan agama islam wilayah persekutuan (jawi), Jurnal Syariah. 

No comments:

Post a Comment